0 Items in your cart – View Cart
Welcome Guest. Register to sign in
About Us
Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 24 Oktober 1995 dan diterajui oleh dua orang lembaga pengarah. Kegiatan utama Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd adalah membekal buku-buku ke perpustakaan di jabatan-jabatan swasta dan kerajaan, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS). Kebanyakan buku-buku yang dibekalkan terdiri daripada pelbagai buku rujukan ilmiah terbitan dalam dan luar negara. Selaras dengan misi syarikat dan kemajuan teknologi kini, Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd juga menyediakan kemudahan perkhidmatan jualan buku secara terus melalui internet. Perkhidmatan ini bertujuan memudahkan para pelanggan daripada dalam dan luar negara untuk membuat pembelian dengan lebih mudah, cepat dan tanpa sempadan. Selain membekal buku di perpustakaan dan jualan melalui internet, Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd turut terlibat dalam aktiviti penerbitan buku-buku ilmiah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap bahan bacaan tersebut.